Wednesday, February 1, 2023
32.3 C
Brunei

-

Matlamat hidup yang menepati jiwa

MATLAMAT yang berkesan adalah matlamat yang sejajar dengan nilai dalam diri seseorang. Ia perlu sejajar dengan nilai sejagat, dan juga konsep diri serta dalam banyak keadaan sejajar juga dengan sistem kepercayaan. Terbayangkah anda dengan situasi orang yang bekerja tanpa semangat? Kerja seperti robot? Kerja kuat, tetapi jiwanya kosong? Itu adalah contoh orang yang menetapkan sasaran hidup tanpa mengambil kira nilai-nilai yang ada dalam dirinya. Mereka membuat sasaran berdasarkan kepada pertimbangan yang sempit tanpa melihat jauh ke dalam dirinya.

Suburkan diri anda dengan kesedaran kepada kombinasi nilai, prinsip dan sistem kepercayaan positif yang melingkari peribada anda. Tetapkan matlamat dan sasaran yang baik untuk diri anda, kekeluargaan, kasih sayang, prihatin, perkongsian dan kesatuan. Matlamat yang menyebabkan kerosakan pada orang lain juga tidak akan membahagiakan kerana ia bercanggah dengan fitrah hati yang inginkan kedamaian, ketenangan, bantu-membantu dan tolong menolong. Matlamat yang bercanggah dengan konsep diri menyebabkan kita selalu gusar dan gundah kerana kita melakukan secara terpaksa. Matlamat yang bercanggah dengan kebenaran juga tidak mencetuskan tenaga maksima daripada diri kita.

Bina matlamat yang sesuai dengan tujuan kita wujud supaya kita semakin mentaati-Nya dan semakin memakmurkan ala mini. Cari matlamat yang menepati nilai-nilai sejagat, nanti kita akan tenang memberikan yang terbaik. Tentukan matlamat yang selari dengan konsep diri, supaya tercetus semangat dan tenaga sepenuhnya. Selaraskan antara matlamat dan sistem kepercayaan, nanti ia akan mengukuhkan kuasa bertindak dalam diri anda.

Selaraskan matlamat dan peranan anda

Setiap orang mempunyai peranan yang tertentu di atas muka bumi ini. Setiap peranan mempunyai tanggungjawab dan prioriti yang berbeza. Setiap peranan membentuk persepsi yang berbeza, tanggungjawab yang berbeza, pemikiran yang berbeza, matlamat yang berbeza dan tindakan yang berbeza.

Terbayangkah anda dengan situasi orang yang bekerja tanpa semangat? Kerja seperti robot? Kerja kuat, tetapi jiwanya kosong? Itu adalah contoh orang yang menetapkan sasaran hidup tanpa mengambil kira nilai-nilai yang ada dalam dirinya.
Terbayangkah anda dengan situasi orang yang bekerja tanpa semangat? Kerja seperti robot? Kerja kuat, tetapi jiwanya kosong? Itu adalah contoh orang yang menetapkan sasaran hidup tanpa mengambil kira nilai-nilai yang ada dalam dirinya.
Lakukan satu persatu. Lakukan daripada satu peranan ke satu peranan yang lain.
Lakukan satu persatu. Lakukan daripada satu peranan ke satu peranan yang lain.
Suburkan diri anda dengan kesedaran kepada kombinasi nilai, prinsip dan sistem kepercayaan positif yang melingkari peribada anda. Tetapkan matlamat dan sasaran yang baik untuk diri anda, kekeluargaan, kasih sayang, prihatin, perkongsian dan kesatuan.
Suburkan diri anda dengan kesedaran kepada kombinasi nilai, prinsip dan sistem kepercayaan positif yang melingkari peribada anda. Tetapkan matlamat dan sasaran yang baik untuk diri anda, kekeluargaan, kasih sayang, prihatin, perkongsian dan kesatuan.

Di sekeliling kita, kita dapat lihat contoh seorang pemimpin politik yang hebat juga mempunyai peranan sebagai seorang bapa. Begitu juga ada ahli perniagaan hartawan yang hebat juga adalah seorang dermawan yang pemurah. Seorang atlet wanita mungkin juga seorang isteri dan seorang ibu. Secara ringkasnya, terdapat beberapa jenis peranan yang utama, iaitu:

1-Peranan kekeluargaan: Suami, isteri, bapa, ibu, anak, adik, abang, kakak, ipar, biras, menantu, mertua, sepupu, bapa saudara, anak saudara dan sebagainya.

2-Peranan masyarakat dan kenegaraan: Jiran, rukun tetangga, persatuan penduduk, persatuan belia, jawatankuasa surau, penderma, sukarelawan dan pelbagai lagi.

3-Peranan kerjaya: Profesion dan kerjaya yang diceburi.

Anda juga ada kombinasi peranan yang berbeza. Luangkan sedikit masa bagi menganalisis apakah peranan anda sekarang ini? Senaraikan dengan menggunakan ruang ini:

Peranan Hidup Saya………….

Sekarang susunkan mengikut prioriti. Manakah yang paling terpenting dalam hidup anda? Tanyakah soalan:

Setakat manakah menjadi………..yang berjaya itu penting dalam hidup saya?

Dengan menanyakan soalan itu kepada diri sendiri, anda dapat menentukan prioriti dan tuliksan nombor prioriti itu. Selamat berfikir!

Kenal pasti nilai dalam peranan hidup

Sebentar tadi anda sudah menentukan apakah peranan-peranan yang anda rasakan penting dalam hidup anda. Kini cuba anda teroka jauh lebih dalam.

1-Teliti setiap peranan yang paling utama. Rasai emosi anda berada dalam kedudukan peranan itu.

2-Bayangkan anda sudah mencapai yang terbaik dalam peranan itu. Bayangkan setiap detik dan perasaan yang anda tempuhi bersama dengan kejayaan peranan itu. Apakah yang anda rasai?

3-Perkuatkan situasi itu dan terokai nilai-nilai sistem dalam diri yang memberikan perasaan itu? Apakah nilai yang penting sehingga anda berasa sedemikian?

Setiap peranan mempunyai kombinasi elemen sistem diri yang berbeza. Contohnya, dalam peranan sebagai seorang ayah, nilai kasih sayang dan tanggunjawab mungkin menjadi pertimbangan yang utama. Konsep diri, “Saya seorang ayah yang sporting!”, ataupun “Saya seorang ayah yang sedia berkorban untuk anak” juga akan mempengaruhi emosi kita kepada peranan itu.

Terokai juga set-set kepercayaan yang melingkari peranan itu. Adakah anda percaya seorang anak perempuan dapat mencari jodohnya sendiri? Adakah anda rasa seorang ayah yang baik adalah ayah yang tidak membenarkan anaknya belajat di tempat yang terlalu jauh? Apakah sistem kepercayaan anda dalam peranan itu? Adakah sistem kepercayaan itu membantu peranan anda dengan baik, atau membantutkan peranan anda?

4-Fikirkan matlamat dan sasaran yang mungkin anda capai dalam tempoh yang tertentu. Pastikan matlamat itu sejajar dengan nilai-nilai yang anda simpulkan dalam setiap peranan anda. Pada masa lima tahun akan datang, apakah sasaran terbaik yang dapat anda sempurnakan dalam peranan ini? Bagaimanakah pula dalam tempoh 20 tahun akan datang?

5-Lakukan satu persatu. Lakukan daripada satu peranan ke satu peranan yang lain. Terokai dan lihat nilai yang melingkari peranan itu. Fikirkan matlamat yang mungkin dapat dicapai. Terokai matlamat itu dan perincikan dengan teknik-teknik matlamat.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korban bom masjid meningkat lebih 90

PESHAWAR, PAKISTAN, 31 JAN – Pengeboman berani mati yang berlaku di masjid dalam ibu pejabat polis daerah Peshawar dan kawasan kerajaan di barat laut...
- Advertisment -