Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

Matthews bidas sikap Degenkolb

ROMANS-SUR-ISÈRE, 19 Julai – Michael Matthews dari Australia membidas pesaing pecut, John Degenkolb selepas memenangi peringkat keduanya dalam Tour de France kelmarin.

Matthews memenangi peringkat ke-16 di depan Edvald Boasson Hagen dan Degenkolb.

Tetapi penunggang dari Jerman, Degenkolb marah di garisan penamat di mana Matthews menamatkan perlumbaan dan telah melambai-lambaikan tangannya ke arah penunggang dari Australia itu ketika mereka melepasi garisan penamat.

Dia kemudian dengan sengaja merangkul Matthews di leher di kawasan tidak jauh dari garisan penamat.

“Saya masih menunggu keputusan dan dia memegang belakang saya ketika melepasi saya,” kata penunggang berusia 26 tahun itu.

Matthews (dua kiri) dan Degenkolb (kiri) ketika membuat pecutan menuju ke garisan penamat dalam peringkat ke-16 Tour de France. Degenkolb mendakwa Matthews memasuki laluannya dan sekali gus menghalang potensinya untuk memenangi perlumbaan peringkat tersebut. – AP
Matthews (dua kiri) dan Degenkolb (kiri) ketika membuat pecutan menuju ke garisan penamat dalam peringkat ke-16 Tour de France. Degenkolb mendakwa Matthews memasuki laluannya dan sekali gus menghalang potensinya untuk memenangi perlumbaan peringkat tersebut. – AP

“Saya tidak fikir ia semangat kesukanan.

“Dari perspektif saya, saya tidak fikir saya melakukan sebarang kesalahan. Saya tidak menukar laluan saya, saya memecut dalam laluan lurus.

“Saya tidak pasti apa masalahnya dengan Degenkolb, tetapi ia terpulang kepadanya.”

Pasukan Trek Degenkolb telah memfailkan aduan rasmi dan warga Jerman itu melihat perkara itu dengan pandang berbeza.

“Jelasnya saya memecut dengan lebih laju daripadanya, dan dia telah melihat saya di sebelah kanan dan telah menutup ruang di bahagian kanan,” katanya.

“Itu membuatkan saya berhenti memecut untuk meraih kemenangan.” Dan bagi perbalahan itu, Degenkolb tidak menyesal membuat aduan itu.

“Bagi saya ia sangat jelas. Anda melihat sendiri dia keluar dari laluannya memasuki laluan saya. anda boleh melihatnya di televisyen.”

Matthews telah meraih 50 mata lagi bagi persaingan jersi hijau untuk merapatkan 29 mata di belakang Marcel Kittel (Quick-Step), yang telah memenangi lima peringkat tahun ini. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -