Sunday, March 23, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Matthysse gantung sarung tangan

    BUENOS AIRES, 3 Ogos – Hanya dua minggu selepas tewas di tangan petinju terkenal Filipina, Manny Pacquiao, bekas juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) Argentina, Lucas Matthysse, semalam mengumumkan persaraannya dari sukan itu.

    “Hari ini saya memutuskan untuk menggantungkan sarung tangan, permulaan bagi kehidupan saya yang lain,” kata Matthysse, 35 tahun, yang menamatkan karier pertarungannya sebanyak 34 kali, dengan rekod 38 kemenangan, 36 KO, lima kalah dan satu tanpa bertanding.

    Pertarungan kali terakhir Matthysse adalah kekalahan pada pusingan ketujuh kepada Pacquiao di Kuala Lumpur, di mana petinju Argentina itu, sebelum ini beraksi dengan baik.

    “Pacquiao adalah seorang petinju yang hebat, saya tewas kepada seorang legenda.

    Saya gembira kerana berada di tangga teratas selama 10 tahun dalam pertarungan terbaik di dunia,” katanya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda