NEW DELHI, 25 Sept – Hubungan ketenteraan yang semakin kukuh di antara India dan Amerika Syarikat seharusnya tidak menjejaskan hubungan-hubungan dengan jiran seperti Pakistan, Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis berkata menjelang lawatan ke New Delhi.
Ketua Pentagon itu tiba hari ini bagi lawatan 48 jam, lawatan pertama yang dilakukan oleh ahli kabinet Presiden Donald Trump ke India.
“Ini adalah peluang bersejarah bagi kedua-dua demokrasi kami pada masa penumpuan strategik,” Mattis memberitahu para wartawan dalam penerbangannya. Dia dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi dan menteri pertahanan barunya di New Delhi.
Lawatan itu tiba beberapa minggu selepas Trump mendedahkan satu strategi Afghanistan baru dan menggesa India untuk meningkatkan bantuan terhadap ekonomi negara yang terjejas selepas peperangan itu.
Presiden AS itu juga menegur musuh terdekat Delhi, Pakistan kerana menawarkan perlindungan kepada ‘ejen-ejen dilanda masalah’.

Apabila ditanya bagai dia akan mengimbangi dinamik India-Pakistan, Mattis menegaskan bahawa hubungan yang dikejar oleh Amerika Syarikat dengan India adalah “tidak mengecualikan negara lain”.
“Sebarang negara yang hidup dengan undang-undang tradisi dan tidak mengganggu negara-negara lain dalam era anti keganasan ketika ini, mereka tidak akan melihat hubungan ini dalam apa cara bertentangan,” katanya.
India telah lama bersaing dengan Pakistan bagi pengaruh di Afghanistan, membina empangan-empangan, jalan-jalan dan parlimen baru dalam negara bermasalah itu. Tahun lepas ia menawarkan bantuan kira-kira AS$1 bilion.
Strategi terbaru Trump termasuk pengerahan lebih daripada 3,000 tambahan tentera AS. – AFP