ROME, 18 MAC – Pemenang Piala Dunia Perancis dan Juventus, Blaise Matuidi dan Mattia Zaccagni dari Hellas Verona, kedua-duanya telah diuji positif COVID-19, kelab Serie A mengesahkan semalam.
“Matuidi telah menjalani ujian perubatan dan menunjukkan keputusan positif kepada COVID-19,” kata juara Itali itu dalam satu kenyataan.
Matuidi yang berusia 32 tahun, pemenang Piala Dunia pada tahun 2018, tiada menghidapi simptom gejala dan kini dalam pengasingan.
Rakan sepasukan kelabnya, Daniele Rugani adalah pemain bolasepak pertama yang dijangkiti pada Rabu lalu, menghantar seluruh pasukan dalam kuarantin.
Sebanyak 13 pemain Serie A secara rasmi positif virus itu termasuk tujuh dari kelab Sampdoria dan tiga dari kelab Fiorentina.
Pemain tengah Itali, Zaccagni, 24 tahun, telah berada dalam kuarantin sebagai langkah berjaga-jaga selepas Verona beraksi di Sampdoria pada 8 Mac.
“Zaccagni kini stabil beberapa hari ini, dia hanya mengalami sedikit demam,” kata kelab Serie A.
“Pemain, serta pasukannya, akan dikuarantin secara sukarela di rumah sehingga 25 Mac, sambil terus dipantau.” Matuidi telah menggesa peminatnya untuk ‘jaga diri’ di media sosial pada hujung minggu.
“Ia adalah masa yang rumit, pada mulanya, saya tidak menyedari betapa seriusnya penyakit ini dan bahaya, berapa cepatnya merebak di Itali,” tambahnya. Dalam masa yang sukar ini kita semua perlu mengikut nasihat kesihatan dengan teliti dan menjaga diri dan orang tersayang. – AFP