Matuidi, Rugani bebas dari COVID-19

ROM, 16 APRIL – Juventus berkata pemain Perancis, Blaise Matuidi dan pemain pertahanan Itali, Daniele Rugani telah sembuh daripada koronavirus selepas diuji positif bulan lalu.

Rugani merupakan pemain Itali pertama di liga utama yang didiagnosis dengan virus tersebut pada 11 Mac. Pemenang Piala Dunia Matuidi turut disahkan positif COVID-19 beberapa hari kemudian.

“Daniele Rugani dan Blaise Matuidi menjalani, mengikut protokol, ujian kali kedua dengan ujian diagnosis (swab) bagi koronavirus – COVID-19. Ujian mendapati keputusannya adalah negatif,” menurut kenyataan kelab itu.

“Pemain-pemain tersebut, kini, telah sembuh dan tidak lagi menjalankan pengasingan diri di rumah.” – AFP

Gambar fail reaksi Rugani meraikan gol bersama rakan sepasukan. Blaise Matuidi dan Daniele Rugani telah sembuh daripada koronavirus selepas diuji positif bulan lalu. – Agensi