Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Mauna Loa mula meletus

    HONOLULU, 28 NOV – Gunung berapi terbesar dunia, Mauna Loa Hawaii, mula meletus sehingga menyebabkan abu dan serpihan jatuh berdekatan kawasan di sana.

    Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (AS), letusan bermula lewat malam semalam, di puncak gunung berapi di Big Island.

    Awal pagi tadi, aliran lahar masih terkawal dan tidak mengancam komuniti berhampiran.

    Agensi itu memberi amaran kepada penduduk yang berisiko bahawa mereka perlu mengkaji semula persediaan masing-masing.

    Saintis kini berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas berlakunya gempa bumi di puncak gunung berapi.

    Kali terakhir ia meletus adalah pada 1984.

    Sebahagian daripada Big Island berada di bawah nasihat hujan abu yang dikeluarkan oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Honolulu, yang menyatakan sehingga 0.6 sentimeter abu boleh terkumpul di beberapa kawasan.

    Mauna Loa adalah salah satu daripada lima gunung berapi yang membentuk Pulau Besar Hawaii dan adalah pulau paling selatan di kepulauan Hawaii. Mauna Loa, dengan ketinggian 4,169 meter di atas paras laut, adalah gunung yang lebih besar berbanding gunung berapi Kilauea, yang meletus di kawasan perumahan dan memusnahkan 700 rumah pada 2018.

    Ketika letusan 1950, lahar gunung itu bergerak sejauh 24 kilometer ke lautan dalam dalam masa kurang tiga jam. – AP

    Gunung berapi Mauna Loa mula meletus sehingga menyebabkan abu dan serpihan jatuh berdekatan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...