Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    Maut digilis robot

    SEOUL, 9 NOV – Seorang pekerja maut digilis robot industri di kilang pembungkusan sayur-sayuran di Korea Selatan, kata polis hari ini ketika mereka menyiasat sama ada mesin itu tidak selamat atau mempunyai kerosakan yang menyebabkan insiden itu berlaku.

    Menurut pegawai polis di daerah selatan Goseong, lelaki itu meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan dada pada Selasa selepas dia disambar dan ditekan pada tali sawat penyampai oleh lengan robot mesin itu.

    Polis tidak mendedahkan namanya tetapi berkata lelaki itu adalah pekerja sebuah syarikat yang memasang robot industri dan dihantar ke kilang untuk memeriksa sama ada mesin itu berfungsi dengan baik.

    Mesin itu adalah salah satu daripada dua robot yang digunakan di kilang tersebut untuk membungkus lada benggala dan sayur-sayuran lain yang dieksport ke negara-negara Asia lain, kata polis. Mesin-mesin seperti ini biasa digunakan dalam kalangan komuniti pertanian di Korea Selatan.

    “Ia bukanlah robot yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan yang canggih, tetapi mesin yang hanya mengangkat kotak dan meletakkannya di atas palet,” kata Kang Jin-gi, yang memimpin bahagian penyiasatan di Balai Polis Gosong.

    Beliau berkata pihak polis sedang bekerjasama dengan agensi yang berkaitan untuk menentukan sama ada mesin itu mempunyai kerosakan teknikal atau isu keselamatan.

    Seorang pegawai polis lain, yang tidak mahu namanya didedahkan kerana tidak mendapat kebenaran untuk bercakap kepada wartawan, berkata polis juga sedang menyiasat kemungkinan kesalahan manusia. Sensor robot itu direka untuk mengenal pasti kotak-kotak, dan rakaman kamera keselamatan menunjukkan lelaki itu bergerak mendekati robot dengan sebuah kotak di tangan, yang mungkin mencetuskan reaksi mesin itu, kata pegawai tersebut.

    “Jelas ia bukan kes di mana robot keliru manusia dengan kotak, ia bukan mesin yang sangat canggih,” katanya. – AP

    Gambar menunjukkan bahagian dalam loji pembungkusan sayur-sayuran selepas insiden pekerja maut digilis robot. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...