Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Maut dijerut ular peliharaan sendiri

    FOGELSVIL, PENNYSYLVANIA, 26 JULAI – Seekor ular sawa peliharaan seorang lelaki telah menjerut lehernya, menyebabkannya dibawa ke hospital di mana dia meninggal dunia beberapa hari kemudian, kata pihak berkuasa di Pennsylvania.

    Elliot Senseman, 27, meninggal dunia pagi Ahad lalu di Hospital Lehigh Valley, Cedar Crest, kata pejabat koroner Lehigh County.

    “Seekor ular sawa kira-kira 18 kaki panjang melilit leher Senseman, yang mengakibatkan kecederaan otak anoksik (kekurangan oksigen ke otak),” kata pejabat koroner kelmarin.

    Polis dikejarkan ke sebuah rumah di Fogelsville, di timur Pennsylvania, pada pukul 2 petang selepas menerima laporan seorang lelaki mengalami serangan jantung dengan seekor ular melilit lehernya. Seorang pegawai sempat menembak kepala ular itu tanpa mencederakan lelaki berkenaan, yang diberi bantuan perubatan dan dibawa ke hospital.

    Polis Perbandaran Macungje dan pejabat koroner sedang menyiasat kejadian itu. Polis memberitahu WTXF-TV bahawa ular itu adalah haiwan peliharaan lelaki tersebut dan beberapa kandang ular lain ditemui di dalam rumah mangsa. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...