Sunday, December 4, 2022
31.7 C
Brunei

-

Maut ketika berhibur di Ohio State Fair

CHICAGO, 27 Julai – Kerosakan dalam permainan hiburan di Ohio State Fair telah mengakibatkan para pemain terpelanting di udara semalam, mengorbankan seorang dan mencederakan tujuh orang, lapor media AS.

Gabenor Ohio John Kasich mengarahkan semua permainan ditutup selepas kemalangan di permainan Fire Ball, pendulum besar yang mengayun para pemain dalam pedati dari sisi ke sisi. Jurucakap Jabatan bomba Columbus, Ohio memberitahu para pemberita seorang lelaki berusia 18 tahun telah terhumban 15 meter dan terbunuh akibat impak itu. Tiga orang lagi dilaporkan dalam keadaan kritikal dan empat lagi dalam keadaan stabil.

Rhonda Burgess yang berada di pesta itu bersama tiga orang anaknya memberitahu CNN, kemalangan itu melibatkan pedati-pedati yang membawa para pemain yang digantung pada hujung pendulum.

Pendulum pada salah satu pedati ‘tercabut’ dan para pemain terkeluar dari pedati itu,” ujarnya. Burgess berkata “Kira-kira dua orang terbang di udara sekurang-kurangnya 20 kaki sebelum mendarat pada konkrit dalam keadaan terbaring.” – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -