Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maut nahas di lebuh raya

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Seorang lelaki warga tempatan berumur 44 tahun menjadi mangsa dalam kemalangan maut yang berlaku di kawasan laluan pusingan U Lebuh Raya Tanah Jambu, pagi tadi.

    Nahas juga mengakibatkan seorang lelaki warga emas berusia 54 tahun yang memandu sebuah lagi kereta lain mengalami cedera ringan dan sedang dirawat di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 pagi dan Balai Polis Muara menerima panggilan kecemasan pada pukul 6:50 pagi, bagaimanapun, punca kemalangan masih dalam siasatan.

    Sehubungan dengan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei mengingatkan dan menegaskan kepada semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati ketika memandu, bertolak ansur dan tidak memandu melebihi had kelajuan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Beginilah keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di kawasan laluan pusingan U, Lebuh Raya Tanah Jambu, pagi kelmarin.
    Beginilah keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan maut di kawasan laluan pusingan U, Lebuh Raya Tanah Jambu, pagi kelmarin.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda