Maut semasa menanam mayat wanita dicekik

WASHINGTON, 12 MEI – Seorang lelaki warga Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia akibat ‘serangan jantung’ di belakang rumahnya di Carolina Selatan ketika sedang menanam mayat seorang wanita yang dicekiknya, menurut pihak berkuasa tempatan.

Pegawai menerima laporan mengenai seorang lelaki yang tidak sedarkan diri di bandar Trenton dan mendapati lelaki berusia 60 tahun, Joseph McKinnon, telah meninggal dunia, kata Syerif County Edgefield, Jody Rowland dan Koroner David Burnett dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media tempatan.

“McKinnon tidak mempunyai tanda-tanda trauma dan percaya kematiannya adalah bersifat semula jadi.”

Sementara menyiasat kematian Joseph, mayat kedua telah ditemukan dalam lubang yang baru digali. Patricia Ruth Dent, 65, dari alamat rumah yang sama disyaki telah meninggal dunia akibat perbuatan khianat.

Dent ditemui diikat dan dibalut dalam beg sampah dalam lubang itu. Bedah siasat akan dilakukan untuk mengesahkan punca kematian. – AFP