Mavcom atasi aduan penumpang
KUALA LUMPUR, 25 Dis – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) terbukti berkesan serta menjadi agensi bebas dalam menyelesaikan aduan penumpang udara dengan lebih pantas, sejajar tanggungjawab utamanya untuk melindungi hak pengguna sektor berkenaan. Malah, rekod prestasinya menunjukkan MAVCOM berjaya menyelesaikan 99 peratus daripada sejumlah 2,600 aduan penumpang yang diterima setakat November 2017. Mengulas perkara itu, Pengerusi


































