Saturday, October 1, 2022
34.4 C
Brunei

Maverick Vinales sertai Aprilia

-

PARIS, 16 OGOS – Pelumba MotoGP Sepanyol, Maverick Vinales (gambar) yang digantung pasukannya Yamaha minggu lalu bakal berlumba untuk Aprilia pada musim 2022, umum pasukan dari Itali itu semalam.

Vinales, 26, yang muncul sebagai juara dunia Moto3 pada 2013 mengikat kontrak setahun dengan pilihan sambungan dan akan bergandingan dengan rakan senegara, Aleix Espargaro musim depan.

Kehadiran Vinales bermakna Aprilia mengorak selangkah lagi dalam misi menjadi pasukan pengeluar penuh.

“Kami sangat gembira mengumumkan bahawa kami menandatangani Maverick Vinales, pelumba bertahap tinggi dalam kategori perdana,’’ kata CEO Aprilia Racing, Massimo Rivola.

“Projek kami diperkuatkan dengan nilai yang dibawa Maverick, juara dunia yang mengesahkan bakatnya sebagai pelumba utama MotoGP. Masa tepat untuk perubahan.”

Vinales meraih sembilan kemenangan di MotoGP, 13 petak utama dan 28 penamat podium dan dua kali menduduki tempat ketiga dalam carta kejuaraan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -