Sunday, September 24, 2023
22.3 C
Brunei

    -

    Mawar dekati Nanjo, lebih 46,000 penduduk diarah berpindah

    TOKYO, 1 JUN – Pihak berkuasa Jepun mengeluarkan arahan berpindah kepada lebih 46,000 penduduk bandar Nanjo di wilayah Okinawa ekoran Taufan Mawar kini menghampiri wilayah itu, lapor Sputnik.

    Penduduk yang tinggal di kawasan pantai digesa berpindah ke tempat selamat susulan amaran bahaya tahap empat pada skala lima telah diisytiharkan.

    Sementara itu, amaran bahaya tahap tiga diisytiharkan di kawasan bandar yang menggesa pemindahan segera warga emas dan mereka yang terhad pergerakan, lapor penyiar NHK hari ini.

    Taufan Mawar yang sangat kuat kini berada di luar pantai Okinawa. Tekanan di tengah taufan mencecah 970 hektopascal dan angin melebihi kelajuan 30 meter sesaat (67 batu sejam), dengan tiupan sehingga 45 meter sesaat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...