Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Mawar Karim lapor polis nafi lari bayar hutang RM720,000

    Usahawan Mawar Abdul Karim membuat laporan polis pada 15 April lalu bagi menafikan dakwaan kononnya dia menerima pinjaman dan hutang sebanyak RM720,000 daripada seorang sahabat.

    Peguam mewakili Mawar, Datuk Mohd Imran Tamrin dan Mohd Azali Ibrahim berkata, pihaknya juga telah memberi beberapa maklumat berasaskan fakta material yang sangat penting berkaitan kes ini kepada pihak polis.

    “Kami berharap siasatan menyeluruh dibuat bagi memastikan sama ada wujud sebarang niat jahat, cubaan atau salah laku jenayah berkaitan penipuan atau apa-apa kesalahan lain yang dilakukan terhadap Mawar,” ujar peguam dalam satu kenyataan kepada media.

    Mawar turut berkongsi paparan skrin kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Tetuan Zabir Imran & Partners dan Mohd Azali dari Tetuan Azali & Co.

    Pada 13 April lalu, media melaporkan Mawar berdepan dengan tindakan pengisytiharan bankrap susulan dakwaan dia ingkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang rakan.

    Mawar buat laporan polis sebagai penafian terhadap dakwaan pihak plaintif. – Agensi

    Bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu didakwa meminjam wang dengan jumlah tersebut daripada seorang kenalan bernama Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

    Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya, Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman tersebut iaitu pada 7 Jun 2021.

    Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, Mawar gagal melangsaikan hutangnya, justeru satu notis tuntutan bayaran dihantar kepada usahawan itu namun tiada jawapan.

    Pihaknya kemudian memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Seksyen Bangi, Selangor pada Januari lalu.

    Dalam pada itu, peguam Mawar turut menegaskan anak guam mereka tidak menerima sebarang notis kebankrapan sehingga kini.

    “Berkenaan dengan isu sama ada anak guam kami telah diisytiharkan sebagai seorang bankrap atau tidak, kami mengesahkan bahawa setakat hari ini, 18 April 2022, Mawar masih lagi seorang yang tidak bankrap.

    “Tidak ada sebarang notis kebankrapan yang diserahkan kepada beliau setakat hari ini. Segala urusan berkaitan kes ini termasuk perkembangan dan maklumat lanjut berkaitan kes dimaklumkan oleh pihak peguam,” katanya.

    Dalam pada itu, pihak peguam turut menjelaskan mengenai penghakiman ingkar kehadiran bertarikh 11 Januari 2022 yang direkodkan terhadap anak guam mereka di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi.

    “Kami mengesahkan bahawa terdapat satu penghakiman ingkar kehadiran bertarikh 11 Januari 2022 yang telah direkodkan terhadap anak guam kami di Mahkamah Sesyen di Bandar Baru Bangi, Selangor.

    “Untuk makluman, penghakiman ingkar kehadiran ini adalah satu bentuk penghakiman yang diperintahkan tanpa kehadiran defendan di mahkamah.

    “Kami selaku pasukan peguam telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar kehadiran tersebut terhadap anak guam kami pada hari ini, 18 April 2022,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...