Mawi dapat hadiah sempena hari bapa

Jika sebelum ini isteri penyanyi Mawi iaitu Ekin pernah dilabel sebagai ‘kaki kikis’ kerana mengahwini juara Akademi Fantasia 3 (AF3) itu, namun lain pula jadinya selepas 12 tahun pasangan ini mendirikan rumah tangga.

Kata Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 39, isterinya itu bukan suka meminta-minta sebaliknya pandai mencari wang sendiri dengan berniaga.

“Sumpah tak ada niat nak menunjuk-nunjuk pun. Cuma nak hargai pengorbanan dia. Dah terlalu banyak dia berkorban untuk aku. Dia tak pernah pun nak paksa aku atau minta duit setiap bulan.

“Malah dia sendiri pandai cari duit. Dia tak mengharapkan aku sepenuhnya. Alhamdulillah, semoga perniagaan dia terus berjaya dan diberkati tuhan,” kata Mawi. Mawi memuji isterinya itu menerusi  Instagram ketika berkongsi video kejutan sempena Sambutan Hari Bapa pada Ahad.

Berdasarkan video itu, Ekin menghadiahkan Mawi sebuah kamera berjenama lengkap dengan aksesori.

Rata-rata warganet meluahkan rasa gembira dan terharu melihat kebahagiaan pasangan itu yang boleh dijadikan inspirasi untuk suami isteri yang lain.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan me-reka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 8 tahun. – Agensi

Ekin menghadiahkan Mawi sebuah kamera berjenama lengkap dengan aksesori sempena Hari Bapa. – Agensi