Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Maxim Malaysia mahu penuhi permintaan di utara

    ALOR SETAR, 1 JAN – Syarikat perkhidmatan e-panggilan, Maxim Malaysia menyasarkan untuk memperluas perkhidmatannya ke lebih banyak bandar khususnya di negeri-negeri utara Malaysia pada tahun ini bagi memenuhi permintaan pengguna.

    Pengarahnya, Ahmad Khamal Abdul Manan berkata pada masa ini, syarikat telah beroperasi di lebih 50 buah bandar di seluruh Malaysia dan mempunyai antara 200 dan 500 pemandu di setiap bandar yang menjalankan perkhidmatan e-panggilan, kurier, kargo dan penghantaran makanan.

    “Perancangan syarikat pada 2023 ialah memberi fokus kepada bandar-bandar di utara iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak yang mempunyai jumlah pengguna yang tinggi.

    “Di Kedah, kita telah beroperasi di bandar Alor Setar, Sungai Petani, Kulim dan Langkawi yang mempunyai kira-kira 100 tempahan harian. Kami sedang meneliti permintaan pengguna di bandar-bandar lain di Kedah selain bandar-bandar di negeri berhampiran,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

    Katanya bagi memastikan syarikat mampu menghadapi saingan daripada syarikat e-panggilan lain, Maxim Malaysia komited untuk menyediakan perkhidmatannya pada harga berpatutan kepada pengguna selain mengenakan kadar komisen yang rendah kepada pemandunya.

    Ahmad Khamal berkata syarikat juga telah menambah jenis perkhidmatannya termasuk penghantaran dobi, penghantaran barangan runcit dan perkhidmatan tunda kenderaan yang boleh ditempah oleh pengguna menerusi aplikasi Maxim.

    “Bagaimanapun, tidak semua bandar mempunyai perkhidmatan tambahan ini. Kesemua tempahan boleh dibuat di aplikasi Maxim, hanya perlu pilih bandar dan pengguna akan dapat melihat perkhidmatan yang disediakan,” katanya. – Bernama

    Ahmad Khamal mahu memenuhi permintaan di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan utara Perak. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...