May beri kata dua

LONDON, 6 Dis – Perdana Menteri Theresa May hari ini mencadangkan bahawa ahli-ahli parlimen mungkin akan dapat memutuskan sama ada Britain menyertai pelan ‘penghalang’ bagi mengelak pemeriksaan sempadan pasca-Brexit bersama Ireland.

May memberitahu kepada BBC Radio bahawa beliau dalam rangka untuk membolehkan penggubal undang-undang untuk mengundi bagi penyusunan itu di mana ia akan mengekalkan negara itu dalam kesatuan kastam bersama Kesatuan Eropah (EU) selepas berakhirnya peralihan tempoh Brexit pada Disember 2020.

Pilihan lain, menurut perjanjian yang dimeterai antara May dan EU adalah melanjutkan tempoh peralihan sehingga dua tahun, semasa Britain menikmati hubungan yang sama dengan blok, meskipun secara rasminya keluar pada 29 Mac 2019 nanti.

“Kami melihat kepada pelan itu dan peranan parlimen,” kata May.

“Persoalanya adalah adakah kita menuju pelan itu, adakah kita melanjutkan tempoh peralihan? Saya sedang membuat tinjauan.”

May sedang berusaha meningkatkan sokongan bagi perjanjian itu tetapi berdepan tentangan daripada ahli-ahli parlimennya sendiri yang dijangka akan menentang kerajaan pada 11 Disember.

Perdana menteri Konservatif itu mengawal majoriti yang mencukupi dalam parlimen disebabkan oleh perjanjian bersama DUP dari Ireland Utara yang telah menentang rancangannya itu.

Pemimpin DUP, Nigel Dodds berkata partinya akan menentang perjanjian itu tetapi tidak akan menggulingkan kerajaan pimpinan May.

“Jika perjanjian itu terjejas, ia tidak munasabah untuk mencapai sasaran kami untuk meraih perjanjian yang lebih baik dan juga ia tidak munasabah untuk membuat perubahan pada hari berikutnya dan berkata ‘kita undi untuk gulingkan kerajaan,” beritahunya kepada ITV. Menurut laporan, pejabat May cuba menarik para penentang dengan memberi cadangan bahawa ahli parlimen boleh menolak perjanjian itu. – AFP

Theresa May membalas hujah penggubal undang-undang di Dewan Rakyat kelmarin. – AP