Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Maya Karin belum sedia terima tawaran drama

    Mahu mengekalkan status sebagai pelakon filem, Maya Karin mengakui belum terfikir untuk menerima mana-mana tawaran berlakon dalam drama televisyen.

    Enggan memikirkan soal populariti, Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke, 43, berkata dia tidak melihat perkara itu sebagai satu isu besar yang boleh mengganggu perjalanan karier seninya. “Untuk lakonan saya hanya akan kekal untuk filem sahaja. Setakat ini memang belum sentuh mana-mana projek drama televisyen.

    “Saya tidak melihat ia sebagai satu masalah besar. Walaupun lama tidak muncul, masih ada peminat yang memberi sokongan,” katanya kepada wartawan. Maya ditemui ketika sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul Abang Long Fadil 3 yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Sementara itu Maya yang menghidapi anxiety teruk juga memberitahu masalah itu kembali berulang apabila jadualnya kini kembali sibuk selepas sekian lama berehat panjang ketika dunia dilanda pandemik COVID. Dalam masa sama, selain sibuk menyusun jadual penggambaran beberapa buah filem, Maya juga terbuka untuk kembali menerima tawaran sebagai pengacara jika program berkenaan menarik.

    “Selepas dua tahun tidak bekerja dan kembali terlibat dengan pementasan teater Puteri Santubong. Ketika itu memang rasa anxiety teruk sebab sudah lama tidak bekerja.

    “Sekarang ini masih membiasakan diri untuk susun semula semua jadual kerja termasuk lakukan persiapan mental. “Kalau ada tawaran jadi pengacara saya terbuka untuk terima jika program itu menarik. Mungkin rancangan berbentuk travelog. Saya boleh berjalan sambil bekerja,” ujarnya. – Agensi

    Maya Karin mengakui bahawa dia belum terfikir untuk menerima mana-mana tawaran berlakon dalam drama televisyen. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...