Sunday, March 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maya Karin selesa meredah hutan

    BAGI sesetengah wanita, membeli belah, berdandan cantik, berehat di tepi pantai mahupun minum kopi di kedai hipster barangkali lebih menjadi pilihan.

    Namun berbeza dengan selebriti berdarah kacukan, Maya Karin, yang memilih untuk meredah hutan, berdepan dengan nyamuk dan pacat dalam menyertai projek konservasi di sekitar Maliau Basin, Sabah.

    Menerusi beberapa entri di Instagram miliknya, Maya berkongsi beberapa momen sepanjang berada di dalam hutan sejak dua hari lalu.

    “Melihat data di spy cameras. Dr. Rahimatsah, pengasas di Dana Persekitaran Sabah. Kawan dan mentor sejak 15 tahun lalu.

    Maya Karin akui seronok meredah hutan dalam menyertai projek konservasi di sekitar Maliau Basin, Sabah. – Agensi

    Menariknya, dalam satu entrinya, Maya memuat naik  gambarnya bersama gajah liar di kawasan konservasi itu.

    Dalam misi itu, Maya terlibat dengan proses pemeriksaan, memasang kamera baru di perangkap haiwan dan mengumpul maklumat.

    Maya memberitahu seramai 10 anggota terbabit dalam misi itu yang diketuai Dr Rahimatsah dari Yayasan Sabah.

    Kebanyakan pengikut Instagramnya itu turut memuji usaha Maya dan memintanya untuk sentiasa berhati-hati. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda