Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Maya Karin tegur syarikat produksi

    Mengambil serius insiden menimpa pelakon kanak-kanak, Puteri Rafasya, 12, yang cedera ketika menjalani penggambaran drama Jaga Aku Selamanya di Beranang, Selangor, akhir bulan lalu, aktres jelita, Maya Karin mahu syarikat produksi lebih mengutamakan aspek keselamatan pelakon dan kru di lokasi.

    Maya berpendapat antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah perlindungan insurans untuk tenaga kerja setiap kali penggambaran drama atau filem dilakukan.

    “Maafkan kata-kata saya ini, namun, sejujurnya, pelakon berdepan risiko yang tinggi terutama di Malaysia. Saya lihat faktor keselamatan sering dipandang rendah.

    “Disebabkan itu, sekarang, apabila saya menjayakan projek filem, saya pastikan syarikat produksi sediakan perlindungan insurans.

    “Ini bermakna saya ada perlindungan insurans berganda di mana skim insurans sendiri dan daripada syarikat produksi.

    Maya berpendapat antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah perlindungan insurans untuk tenaga kerja setiap kali penggambaran drama atau filem dilakukan. – Agensi

    “Saya harap industri kreatif akan pandang isu ini (keselamatan kru dan pelakon) lebih serius.

    “Sebelum ini, saya difahamkan pernah ada seorang kru meninggal dunia selepas menjayakan adegan lasak,” katanya mengulas insiden menimpa Puteri Rafasya yang juga pelakon gandingannya dalam filem Telaga Suriram.

    Akhir bulan lalu, Puteri Rafasya dilaporkan mengalami kemalangan hingga menyebabkan tulang pinggul retak di lokasi penggambaran drama Jaga Aku Selamanya.

    Berikutan insiden itu, Puteri Rafasya dilaporkan tidak mampu berjalan hingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tunku Azizah (HTA), Kuala Lumpur akibat masalah saraf.

    Maya berkata, Puteri Rafasya rapat dengannya kerana mereka pernah berlakon dalam filem Telaga Suriram di mana Maya memegang watak ibu kepada kanak-kanak itu.

    Tidak hairanlah, sebaik mendapat berita kemalangan menimpa Puteri Rafasya, Maya menjadi antara selebriti yang melawatnya di Wad Pediatrik HTA bagi memberi sokongan moral kepada kanak-kanak berusia 12 tahun itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...