TUNIS, 12 DIS – Mayat sembilan orang yang dipercayai pendatang telah ditemui di luar pantai timur Tunisia dalam kejadian kapal karam, kata seorang pegawai kehakiman kepada AFP, hari ini.
Mangsa yang terselamat memberitahu pihak berkuasa bahawa kapal mereka terbalik selepas belayar Selasa lalu dari bandar pesisir pantai Sfax, tempat berlepas utama Tunisia untuk pendatang yang menuju ke Itali, kata Farid Ben Jha, jurucakap pendakwaan awam Monastir dan Mahdia.
Seorang nelayan ternampak bot tersebut dan segera memaklumkan kepada pihak berkuasa, tambah Ben Jha.
Beliau berkata kesemua penumpang berjumlah 42 orang itu adalah dari negara Afrika sub-Sahara.
Enam orang masih hilang manakala 27 telah diselamatkan. – AFP