Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Mayat anak gabenor Indonesia ditemui di sungai Switzerland

    GENEVA, 10 JUN – Pihak berkuasa di Switzerland melaporkan bahawa mereka telah menemui mayat anak lelaki gabenor Indonesia berusia 22 tahun yang hilang dua minggu lalu ketika berenang di sungai yang mengalir melalui ibu kota Switzerland itu kelmarin.

    Polis di Bern berkata bahawa mayat Emmeril “Eril” Kahn Mumtadz ialah anak lelaki sulung kepada Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil. Mayat Mumtadz, ditemui di empangan Sungai Aare berikutan pencarian yang dilancarkan pada 26 Mei lalu, hari di mana dia dilaporkan hilang.

    Pegawai berkata punca kematian ialah lemas. Pihak polis Bern turut mengerahkan dron, bot, penyelam dan anjing pengesan sebagai sebahagian daripada pencarian kelmarin.

    Sementara itu, Kementerian Luar Indonesia berkata pada masa kehilangan itu pemuda tersebut berada di Switzerland sebagai sebahagian daripada usahanya memilih program sarjana. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...