Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Mayat budak jatuh lubang 35 meter dikeluarkan

    HANOI, 20 JAN – Para penyelamat di Vietnam telah mengeluarkan mayat seorang budak berusia 10 tahun dari sebuah tiang konkrit kosong di tapak pembinaan, beberapa minggu selepas dia terperangkap, menurut media negara itu hari ini.

    Thai Ly Hao Nam terjatuh ke dalam lubang 25cm lebar dari tiang itu – ditanam 35 meter sebagai sebahagian daripada jambatan baharu – semasa mencari bekas logam pada 31 Disember lalu. Ratusan anggota penyelamat, termasuk tentera dan pakar jurutera, telah dikerahkan ke tempat kejadian di wilayah Dong Thap di Delta Mekong.

    Empat hari selepas kejadian, pihak berkuasa mengisytiharkan Nam sudah meninggal dunia, dan berkata mendapatkan mayatnya akan menjadi ‘tugas yang sangat sukar’. Awal hari ini mayat budak tersebut telah dikeluarkan selepas anggota penyelamat turun sejauh 25 meter dan kemudian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya, menurut laman berita VNExpress.

    “Usaha menyelamat mengambil masa yang sangat lama kerana terdapat tanah yang mengelilingi tiang…mayat budak itu masih utuh,” kata Wakil Ketua Jawatankuasa Negeri Doan Tan Buu, hari ini. – AFP

    Anggota penyelamat berusaha mengeluarkan budak berusia 10 tahun yang terjatuh ke dalam sebuah lubang.- Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...