Thursday, October 10, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat ditemui bukan kru kapal USS John S Mccain

    SINGAPURA, 24 Ogos – Mayat yang ditemui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa, bukan anak kapal USS John S McCain, demikian menurut Armada Ketujuh Amerika Syarikat.

    Katanya pengesahan itu dibuat susulan pemeriksaan ke atas mayat.

    “Mayat akan diserahkan semula kepada pihak berkuasa Malaysia,” katanya dalam kenyataan terkini menerusi laman sesawangnya hari ini.

    TLDM menemukan mayat itu ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan kapal pemusnah peluru berpandu tersebut berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang berlaku awal pagi Isnin lepas.

    Mayat pertama yang dijumpai pasukan operasi dan menyelamat menerusi KD Handalan pada 22 Ogos lalu. Mayat yang ditemui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa, bukan anak kapal USS John S McCain, demikian menurut Armada Ketujuh Amerika Syarikat. – Bernama

    Armada Ketujuh AS, armada kerahan barisan depan terbesar Tentera Laut AS, berkata penyelam tambahan daripada Unit Ekspedisi Marin Ke-15 tiba di Singapura bagi membantu usaha pencarian di dalam kapal. Tentera Laut AS berkata usaha pencarian di laut yang melibatkan pelbagai negara diteruskan di kawasan seluas 900 batu nautika mengelilingi lokasi asal pelanggaran.

    Pagi ini, Tentera Laut Indonesia menghantar kapalnya KRI Barakuda, KRI Pulau Rusa dan KRI Cucut serta sebuah helikopter untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat itu.

    Turut serta sebuah pesawat peronda maritim Tentera Udara Diraja Australia.

    TLDM pula terlibat menerusi KD Lekiu manakala Tentera Laut Republik Singapura menghantar dua kapal – RSS Gallant dan RSS Fearless. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda