Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat ditemui dengan kesan gigitan buaya

    KUCHING, 20 Jan – Mayat lelaki warga emas ditemukan terapung di Sungai Baya, Skrang, kira-kira 150km dari sini pagi ini dengan kesan gigitan buaya di bahagian bahu kiri, dua hari selepas beliau dilaporkan hilang.

    Menurut jurucakap bomba, mangsa Aji anak Inyau, 73, dari rumah panjang Jangin Kejemut, Skrang dalam bahagian Sri Aman, dilaporkan hilang Rabu lepas oleh isterinya, selepas lelaki itu tidak pulang rumah.

    Beliau berkata mayat Aji ditemukan penduduk kampung kira-kira 7:30 pagi sekitar 7km dari tempat beliau dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Baya.

    Operasi itu turut dibantu pasukan bomba yang melancarkan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang. Dalam kenyataan di sini, jurucakap bomba itu berkata mayat Aji telah dihantar ke Hospital Sri Aman untuk bedah siasat. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda