Mayat ditemui tergantung positif COVID-19

KOTA KINABALU, 13 APRIL – Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identiti dan dipercayai warga asing, yang ditemui tergantung di pokok di kawasan Kampung Pondo, Pulau Gaya di sini, pada 6 April lepas, didapati positif COVID-19.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji berkata, kesemua 12 anggota polis yang bertugas mengendalikan mayat berkenaan, sudah diarahkan menjalani saringan kesihatan.

“Semua yang terlibat sudah diarahkan untuk menjalani kuarantin diri di rumah masing-masing. – Bernama