Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mayat kanak-kanak dikesan dalam beg

    WELLINGTON, 18 OGOS – Sebuah keluarga yang membeli barangan ditinggalkan di sebuah unit penyimpanan, terkejut apabila membuka barangan yang dibeli dan mendapati ada mayat dua kanak-kanak tersembunyi dalam beg tersebut, kata polis hari ini.

    Mayat kanak-kanak itu dianggarkan berusia antara 5 dan 10 tahun, telah mati bertahun-tahun dan beg itu diletakkan dalam unit penyimpanan selama tiga atau empat tahun, kata Inspektor Polis, Tofilau Faamanuia Vaaelua.

    Menurutnya, penyiasatan masih dalam peringkat awal namun akan digiatkan. “Ini termasuklah di mana, bila dan bagaimana ia berlaku,” Vaaelua memberitahu wartawan di Auckland.

    Keluarga itu membeli barangan peribadi dan rumah dalam lelongan online serta membawanya pulang minggu lalu. Vaaelua menekankan mereka tidak berkaitan dengan kematian dan tertekan dengan penemuan itu. Menurutnya, prosedur mengenal pasti kanak-kanak itu sedang dijalankan namun mereka mempunyai ahli keluarga yang tinggal di New Zealand. Penemuan dan penggeledahan di rumah keluarga itu dibuat minggu lalu, namun polis belum membuat pengesahan sehinggalah hari ini.

    Vaaelua mengatakan polis sudah menghubungi Interpol dan agensi kepolisan antarabangsa – satu petunjuk bahawa polis mungkin mempercayai bahawa suspek atau beberapa daripadanya kini berada di luar negara. – AP

    Penyiasat polis New Zealand berada di rumah keluarga yang terkejut menemui mayat kanak-kanak dalam beg yang dibeli daripada unit penyimpanan barangan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...