Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mayat lelaki terapung di sungai Bintulu

    BINTULU, 6 Ogos – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di tepi sungai Sibiew pada awal pagi ini.

    Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipli Suhaili berkata polis menerima panggilan daripada orang awam pada 6:50 pagi tadi mengenai penemuan mayat tersebut dan bergegas ke lokasi untuk menyiasat.

    “Pemeriksaan awal polis mendapati mangsa seorang lelaki berumur lebih kurang 20-an,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Zulkipli berkata, identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan tiada kecederaan fizikal dikesan di badan mangsa. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda