Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Mayat lelaki tidak dikenali ditemukan

    SIBU, 14 SEPT – Mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai pengenalan diri ditemukan oleh orang ramai di tepi Jalan Tanjung Maling, Sungai Bidut di sini, hari ini.

    Pemeriksaan awal pihak polis, yang menerima maklumat tersebut pada 9:24 pagi, mendapati lelaki itu tidak mempunyai tanda suntikan BCG pada kedua-dua lengannya.

    “Tiada kesan kecederaan luaran di tubuh si mati serta tiada unsur jenayah dikesan di tempat kejadian setakat ini,” kata Ketua Polis Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan.

    Menurut beliau, bedah siasat akan dilakukan bagi menentukan punca kematian dan kes setakat ini di klasifikasi sebagai kematian mengejut.

    Beliau meminta mana-mana saksi, individu, waris atau majikan yang mempunyai maklumat berhubung penemuan itu atau kehilangan ahli keluarga atau pekerja, untuk tampil ke balai polis berdekatan bagi menyalurkan sebarang maklumat membantu siasatan kes tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...