Mayat Sala bakal dibawa pulang ke Argentina

BUENOS AIRES, 13 Feb – Mayat pemain bola sepak Argentina, Emiliano Sala akan dikembalikan ke Argentina pada Jumaat ini, menurut Datuk Bandar Progreso, Julio Muller, kepada wartawan.

Mayat Sala telah ditemui dari bangkai pesawat di Selat Inggeris minggu lalu. Dia dalam perjalanan menuju ke pasukan baharunya di Liga Perdana Inggeris, Cardiff City dari bekas kelabnya Nantes apabila pesawat itu hilang dari radar pada 21 Januari lalu.

Muller berkata mayat Sala akan tiba pada waktu tengah hari dan dibawa ke gimnasium bersebelahan dengan ibu pejabat kelab belia, di mana satu upacara keagamaan dijadualkan.

Dia berkata, “Ibu dan adik-beradik Sala sudah pun tiba di Progreso.”

Pihak berkuasa Britain secara rasmi mengenal pasti mayat Sala minggu lalu, dan selepas itu keluarganya berkata mereka ‘kini boleh meratap kesedihan terhadap kehilangannya’.

Sala yang berusia 28 tahun meninggal dunia akibat ‘kecederaan di kepala dan trunkus’.

Dia menaiki pesawat ringan yang malang itu berhampiran pulau Britain, Guernsey. – AFP