Mayat seorang lagi pemancing ditemukan

LAWAS, 11 SEPT – Mayat seorang lagi lelaki yang dilaporkan hilang ketika memancing  di laut berhampiran Pulau Sari telah ditemukan oleh pasukan sukarelawan bomba dan orang kampung  pada  11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lawas DSP Roslan Leman dalam satu kenyataan hari ini berkata mayat Farouk Arlan Ahmad Sabri, 29, tahun yang  bekerja sebagai juruteknik Telekom Malaysia cawangan Lawas ditemukan 450 meter daripada mayat pertama yang ditemukan pagi semalam. – Bernama