Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mayat tentera India ditemui selepas 38 tahun

    NEW DELHI, 17 OGOS – Mayat seorang anggota tentera India yang hilang di sebuah glasier, sempadan yang dipertikaikan dengan Pakistan, ditemui selepas 38 tahun.

    Unit pasukan tentera India menghantar gambar menerusi Twitter, memaparkan keranda memuatkan mayat Chander Shekhar yang dibalut dengan bendera India awal pagi kelmarin, dua hari selepas India menyambut ulang tahun Kemerdekaan Ke 75.

    Menurut tentera India, Shekhar menyertai Operasi Meghdoot pada 1984 apabila India dan Pakistan berperang untuk tempoh yang singkat bagi menguasai Glasier Siachen, yang dikenali sebagai ‘medan perang tertinggi di dunia’.

    Pada kedudukan lebih 5,486 meter dengan suhu boleh jatuh sehingga -50 darjah Celsius, Siachen adalah antara operasi ketenteraan yang paling mencabar di dunia.

    Terletak di wilayah Ladakh di Himalaya, kawasan tersebut sudah lama menjadi rebutan antara dua negara kuasa nuklear yang berjiran itu. Media tempatan melaporkan Shekhar adalah sebahagian daripada pasukan merangkumi 20 anggota yang terperangkap dalam ribut ais semasa melakukan rondaan.

    Sekitar 15 mayat ditemui ketika itu tetapi lima lagi anggota gagal ditemui termasuk Shekhar, menurut laporan pihak tentera.

    Upacara pengebumian bagi mendiang kini akan dilakukan dengan penghormatan penuh tentera di negeri Uttarakhand, tempat keluarga beliau menetap. – AFP

    Seorang wanita menangis di tepi keranda Chandra Shekhar di Haldwani, India pada 17 Ogos. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...