Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Mayat tergantung dari jambatan gempar penduduk

    DURAN, ECUADOR, 15 FEB – Mayat dua lelaki yang tergantung dari jambatan pejalan kaki di barat daya Ecuador menggemparkan negara semalam dan menambah kebimbangan mengenai kartel Mexico di sana.

    Mangsa yang terbunuh, diikat dan digantung oleh tali yang sama di jambatan pejalan kaki di Duran, bandar berhampiran Guayaquil, bandar terbesar Ecuador, kata polis.

    Ketika negara Amerika Selatan berdepan peningkatan dalam keganasan yang dikaitkan dengan penyeludupan dadah, media negara telah menekankan keseriusan insiden yang berlaku.Kedua-dua lelaki telah hilang sejak 11 Februari, menurut polis, dan siasatan telah dilancarkan dalam penculikan mereka. Jenayah mungkin dikaitkan dengan ‘rampasan tujuh tan kokain’ pada Ahad di pelabuhan Guayaquil, kata komander zon, Marcelo Cortez.

    Salah seorang mangsa telah pun dikenal pasti oleh media sebagai Carlos Alberto Escobar. Dia berusia 34 tahun dan dikenali berdasarkan tatu di badan.

    Sejak empat bulan lalu, lima mayat dipenggal kepala telah ditemui di Duran dan Guayaquil, kawasan yang paling teruk terjejas oleh keganasan yang dikaitkan oleh pihak berkuasa kepada konflik di antara kumpulan penyeludup dadah tempatan dengan kartel berpengaruh Mexico. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...