Maybank terbit lapan waran opsyen

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Maybank Investment Bank Bhd menerbitkan lapan waran opsyen beli penyelesaian tunai ala Eropah ke atas lapan saham, yang akan disenaraikan pada esok dengan saiz terbitan masing-masing sebanyak 100 juta.

Lapan saham terbabit ialah Nestlé (Malaysia) Bhd, AEON Co (M) Bhd, Padini Holdings Bhd, Dutch Lady Milk Industries Bhd, Felda Global Ventures Holdings Bhd, Sime Darby Plantation Bhd, Top Glove Corporation Bhd dan Genting Bhd.

Ia berkata bahagian itu ditawarkan sebagai memenuhi respons dalam aktiviti sektor pengguna, susulan pelbagai acara makro yang melibatkan ekonomi Malaysia. – Bernama