Mazda baharu mampu kesan masalah kesihatan pemandu

TOKYO, 4 NOV – Kereta telah pun tahu bagaimana berhenti sendiri, memberi amaran kepada pemandu, mengemudi kembali ke lorong betul dan mencadangkan laluan peta ke destinasi. Kereta Mazda yang mengetahui apabila pemandu mengalami strok atau serangan jantung bakal dilancarkan di Jepun pada tahun depan.

Menjelang tahun 2025, kereta baharu akan mengetahui bila pemandu mengalami masalah kesihatan mengejut dan memberi amaran kepada mereka, menurut pengeluar kereta Jepun.

Ia membabitkan data dari kamera di dalam kereta, tanpa menggunakan sensor laser atau teknologi yang lebih menonjol.

Dan ia akan ditawarkan dalam model yang mampu dibeli, bukan kenderaan mewah. Teknologi itu memberi jaminan kepada salah satu masyarakat berusia paling moden di dunia.

Mazda memberitahu wartawan baru-baru ini ia telah bekerjasama dengan pakar perubatan, termasuk Hospital Universiti Tsukuba, menyelidiki data imej yang dikumpul untuk memahami bagaimana rupa pemandu sihat, berbanding dengan pemandu tidak berupaya, tersembam pada stereng secara tiba-tiba.

Sebaik sahaja mengenal pasti masalah, Co-Pilot Concept, yang masih belum mempunyai nama rasmi, akan menghentikan kereta di tempat selamat, seperti susur jalan, secepat mungkin.

Kereta itu akan membunyikan hon, dengan lampu kecemasan dipasang, menurut Mazda, walaupun isyarat amaran yang sebenar masih belum diputuskan. Satu panggilan kecemasan kepada ambulans dan polis juga akan disampaikan.

Takahiro Tochioka, jurutera konsep itu berkata Mazda sedang mengusahakan kaedah untuk meramalkan masalah kesihatan yang bakal timbul walaupun sebelum pemandu menyedarinya.

Apa yang dicari oleh kereta adalah cara pemandu menumpu penglihatan mereka, memusing kepala mereka, perubahan dalam tabiat memandu dan perubahan tidak ketara lain, katanya. Dan ia akan memberi amaran kepada pemandu sebelum gejala kesihatan sebenar timbul. – AP

Gambar serahan Mazda Motor Corp menunjukkan Co-Pilot Concept mengeluarkan lampu isyarat kecemasan selepas pemandu mengalami masalah kesihatan mengejut dan berhenti di tempat selamat, di Miyoshi, Hiroshima, Jepun. – AP