Mazda CX-30 dilancar

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar oleh James Kon

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 DIS – Pengedar tunggal Mazda, Grand Motors Sdn Bhd telah melancarkan model kereta baharu Mazda CX-30, sebuah kereta kompak crossover SUV.

Majlis pelancaran model berkenaan berlangsung di Bilik Pameran Mazda, Perindustrian Beribi II, kelmarin, yang juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah sempena Year End Advantage Promotion. Hadiah utama berupa iPhone 11 Pro Max 256GB telah dimenangi oleh Dayang Nursyamsina binti Haji Mahadi.

Cabutan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Pemasaran At-Tamwill Berhad, Awang Mohd Firdaus bin Haji Mokim.

Juga hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pengarah Grand Motors, Pengiran Haji Abdul Qahar bin Pengiran Sanggamara Diraja Mejar Jeneral (B) Pengiran Haji Ibu Basit dan Pengurus Jualan, Magdeline Hiew.

Awang Mohd Firdaus dan pengurusan kanan Grand Motors bergambar ramai bersama Dayang Nursyamsina.