Saturday, January 18, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maziyah pamer 30 lukisan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Lebih 30 hasil karya pelukis tempatan, Dayang Maziyah Yussof dipamerkan dalam Pameran ‘Reverie’ di Galeri Kesenian, Dermaga Diraja yang dibuka untuk kunjungan orang ramai sehingga penghujung November ini.

    Pameran berkenaan telah dilancarkan hari ini, oleh Duta Korea ke Brunei Darussalam Puan Yang Terutama Yoon Hyun-Bong, seterusnya menyaksikan hasil karya Dayang Maziyah.

    Karya beliau pernah dipamerkan di beberapa buah negara sepanjang tempoh 10 tahun penglibatannya dalam bidang seni, yang termasuk Brunei, United Kingdom dan Korea. Dengan adanya pameran berkenaan, ia akan dapat memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat hasil karya yang dipamerkan dan Dayang Maziyah berharap dapat menghasilkan ruang untuk kontemplasi dan kedamaian dalam konteks Islam.

    Pameran tersebut ditaja oleh Progresif dan Chocolate Origin serta disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan; Dermaga Diraja; Rainforest Gallery; Brunei Art FORUM; Muzium Brunei dan Oddbox Picture dengan Osman Mohammad Creative Space Gallery.

    PYT Yoon Hyun-Bong menyaksikan pameran lukisan karya Dayang Maziyah.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda