Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mazran mampu saingi pelumba luar

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Ogos – Pelumba basikal dari kelab UPCT, Mazran bin Haji Mohd Jamin baru-baru ini menduduki tempat ketiga di dalam Cabaran MTB XC 2017 yang berlangsung di Tuaran, Sabah, Malaysia.

    Pelumba yang berusia 40 tahun itu, yang bertugas di Kementerian Pendidikan, berjaya memberikan saingan kepada peserta lain di dalam Kategori Terbuka Elit.

    Ketika dihubungi mengenai kejayaannya itu, beliau mengucapkan penghargaan kepada semua penajanya termasuk UPCT Cycling club, Geotrax Spacialized dan Terazza.

    “Alhamdulillah saya rasa berbangga dengan mewakili negara dalam acara berbasikal dan mendapat keputusan yang cemerlang pada perlumbaan tersebut. Ini adalah acara tahunan yang dibuat oleh CAKK (Cycling Association Kota Kinabalu Sabah) secara berperingkat,” ujarnya.

    Menurutnya, apa yang banyak mendorong beliau untuk begiat aktif dalam sukan lasak ini adalah keluarga dan rakan-rakan serta Persekutuan Basikal Brunei Darussalam yang banyak membantu dari segi pengurusan dan pentadbiran.

    Mazran ketika menerima hadiah tempat ketiga di Cabaran MTB XC 2017 yang berlangsung di Tuaran, Sabah, Malaysia baru-baru ini.

    Apabila ditanya apa rahsia yang boleh dikongsikan bersama peminat sukan lasak itu, katanya “Tiada rahsia melainkan usaha padu untuk meningkat kan kredibiliti diri, latihan yang mencukupi serta permakanan yang teratur untuk menambah kecergasan semasa membuat latihan atau semasa perlumbaan.”

    “Cabaran terbesar adalah bersaing dengan pelumba kebangsaan Sabah yang lebih jauh berpengalaman dan sekali gus memberikan tentangan yang hebat ketika perlumbaan tersebut,” jawab beliau apabila ditanya mengenai cabarannya dalam penyertaan kali ini.

    Beliau menyarankan supaya pelumba akan bersiap sedia dari segi fizikal dan mental, sentiasa mendampingi dan berada di hadapan pelumba yang jauh lebih berpengalaman.

    “Pada saya sebagai pelumba, kita juga perlu untuk meyakinkan jurulatih masing-masing kerana mereka faham dan tahu akan kelebihan dan kesediaan kita. Bagi saya, mereka berperanan dalam memberikan keyakinan, baik dalam persiapan mahupun perlumbaan di dalam dan luar negara,” ujarnya lagi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda