BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Sept – Mazveen Kaur Saggu, seorang pegawai eksekutif di Kementerian Pertahanan Negara Brunei Darussalam akan menjadi wakil negara ke Amerika Syarikat (AS) menerusi penyertaannya dalam Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa (IVLP) 2018, program pertukaran profesional Jabatan Negara AS, bermula hari ini hingga 12 Oktober.