Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Mbappe bakal beri kata putus

    PARIS, 16 MEI – Kylian Mbappe berkata dia ‘hampir’ membuat keputusan sama ada untuk kekal di Paris Saint-Germain atau meninggalkan juara Perancis itu ke Real Madrid.

    “Ya, ya hampir,” dia menjawab apabila ditanya sama ada dia sudah membuat pilihan selepas merangkul anugerah pemain terbaik ketiga berturut-turut musim ini di Paris kelmarin. Penantian untuk melihat sama ada pemain berusia 23 tahun itu akan berpindah ke ibu negeri Sepanyol atau kekal bersama PSG untuk membantu dalam usaha berterusan mereka untuk menjulang Liga Juara-Juara ‘hampir berakhir’ tambahnya.

    Dia merancang mengumumkan keputusannya sebelum Perancis menentang Denmark dalam Liga Negara-Negara pada 3 Jun nanti. Minggu lalu, sebuah akhbar Perancis melaporkan bahawa pemenang Piala Dunia Perancis itu pada dasarnya bersetuju untuk kekal di PSG untuk tempoh tiga tahun lagi. Namun perkara itu segera dinafikan oleh ibunya.

    Mbappe tidak merahsiakan hasratnya untuk bermain satu hari nanti untuk Real, yang berada di final Liga Juara-Juara selepas memenangi kejuaraan Sepanyol yang ke-35. – AFP

    Reaksi penyerang Perancis Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe menyampaikan ucapan selepas menerima anugerah Pemain Ligue 1 Terbaik kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...