Monday, December 2, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mbappe bantu PSG catat kemenangan

    PARIS, 1 NOV – Kylian Mbappe menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk membantu Paris Saint-Germain mencatat kemenangan ketujuh berturut-turut di Ligue 1 kelmarin, menewaskan Nantes 3-0 untuk mendahului tiga mata di tangga teratas liga.

    Semua jaringan terhasil pada separuh masa kedua di Stade de la Beaujoire, dengan Ander Herrera membuka jaringan dua minit selepas perlawanan bersambung dan Mbappe menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-65 sebelum Pablo Sarabia melengkapkan kemenangan pada lewat perlawanan.

    PSG kini memungut mata penuh sejak permulaan musim selepas kekalahan berturut-turut dan pasukan juara bertahan tersebut kini tiga mata di hadapan Lille dan Rennes di puncak liga.

    Lille, yang masih belum mencatat sebarang keputusan tewas, mampu menyamai kedudukan dengan kelab berpangkalan di Paris di tangga teratas liga jika mereka berjaya menewaskan Lyon. Manakala Rennis menewaskan Brest 2-1 kelmarin.

    “Saya sangat gembira. Kami melakukan banyak perubahan kerana kami merasakan ia adalah sesuatu yang perlu dilakukan Kami tidak menjangkakan perkara akan berlaku dengan sempurna dan hebat pada masa yang sama,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel.

    Dia membuat enam perubahan dalam barisan permulaan selepas kemenangan 2-0 pada pertengahan minggu di Istanbul menentang Basaksehir di Liga Juara-Juara, dengan Neymar terlepas perlawanan tersebut selepas mengalami kecederaan yang dijangkakan akan terus diketepikan sehingga perlawanan antarabangsa yang seterusnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda