Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Mbappe belum buat keputusan, PSG tewaskan Lorient

    PARIS, 4 APRIL – Kylian Mbappe berkata dia masih belum membuat keputusan mengenai masa depannya di Paris Saint-Germain (PSG) selepas menjaringkan dua gol dalam aksi sensasi ketika menewaskan Lorient 5-1 kelmarin dalam Ligue 1.

    Pemain bintang Perancis tersebut berada dalam prestasi yang tidak dapat dihalang, mencipta dua gol untuk Neymar dan satu lagi untuk Lionel Messi apabila ketiga-tiga mereka menjaringkan gol dalam perlawanan yang sama untuk PSG buat kali pertama.

    Bagaimanapun, tumpuan selepas perlawanan sekali lagi cepat beralih ke tempat Mbappe akan bermain pada musim hadapan, dengan kontrak bersama PSG akan tamat pada Julai nanti.

    “Saya belum membuat pilihan saya. Saya belum mengambil keputusan, saya sedang memikirkannya, ada eleman baharu dan terdapat banyak faktor,” kata Mbappe kepada Prime Video.

    “Saya tidak mahu tersilap,” tambahnya. “Saya tahu ia semakin mendesak bagi orang lain, kita bercakap mengenainya hampir setiap hari.

    “Jika saya mengambil keputusan saya, saya akan menyatakannya. Saya tidak perlu menjelaskan diri saya kepada sesiapa, ia adalah pilihan peribadi. Jika saya membuat keputusan saya akan datang dan mengumumkannya dan tetap dengannya.”

    Selepas tiga kekalahan dalam empat perlawanan sebelum perlawanan antarabangsa dan penyingkiran Liga Juara-juara yang traumatik, PSG memulakan perlawanan akhir musim dengan kemenangan yang memberangsangkan di Parc des Princes. – AFP

    Aksi Kylian Mbappe berlari mengawal bola semasa perlawanan L1 Perancis antara PSG dan Lorient di stadium Parc des Princes di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...