PARIS, 8 MAC – Penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe mengalami kecederaan pada kaki kirinya semasa latihan kelmarin, dua hari sebelum pasukan itu pergi ke Real Madrid untuk perlawanan Liga Juara-Juara.
Kelab liga Perancis itu berkata Mbappe, yang menjaringkan gol kemenangan masa penamat pada pusingan pertama pusingan 16 menentang Madrid, cedera semasa sesi latihan kelmarin tetapi ujian perubatan awal itu meyakinkan.
PSG berkata Mbappe menerima rawatan dan kecergasannya akan dinilai semula hari ini. Perlawanan menentang Madrid adalah esok.
Mbappe telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid apabila kontraknya tamat tahun ini.
Juara Piala Dunia itu telah berada dalam prestasi cemerlang musim ini, dengan 24 gol dan 17 assist dalam semua pertandingan dan PSG semakin bergantung kepada pemain bintang itu.
Mbappe digantung hujung minggu ini untuk perlawanan liga Perancis menentang Nice dan PSG tewas 1-0.
PSG menewaskan Real Madrid 1-0 pada pusingan pertama di Paris. – AP