Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Mbappe ‘bersedia’ hadapi Real Madrid

    MADRID, 9 MAC – Mauricio Pochettino berkata Kylian Mbappe berada dalam keadaan baik dan mengharapkan pemain tonggaknya itu dapat beraksi menentang Real Madrid di Liga Juara-Juara awal pagi esok walaupun dihimpit dengan kecederaan ketika sesi latihan.

    Mbappe mengalami lebam ketika berlatih semalam, menimbulkan kebimbangan bahawa dia bakal terlepas aksi kedua di Santiago Bernabeu, di mana Real harus bangkit selepas tumpas 0-1 untuk mara ke suku akhir.

    Bagaimanapun, Paris St Germain (PSG) mengadakan sesi latihan terbuka di stadium pagi tadi dan Mbappe terbabit dengan berlatih seperti biasa.

    “Dia berada dalam keadaan yang baik. Pada mulanya dia mengalami sedikit kesakitan namun beberapa jam selepas itu dia boleh berjalan seperti biasa.

    “Secara teori, ya dia masih boleh beraksi namun semuanya akan diambil kira nanti,” kata Pochettino dalam sidang media.

    Tumpuan terarah kepada Mbappe minggu ini, apabila kontrak pemain berusia 23 tahun itu bersama PSG akan berakhir pertengahan tahun dan dia juga dijangka menyertai Real berbanding menandatangani kontrak baharu. – AFP

    Kylian Mbappe menghadiri sesi latihan di stadium Santiago Bernabeu di Madrid pada 8 Mac 2022 sebelum perlawanan Liga Juara-Juara menentang Real Madrid. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...