Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Mbappe dakwa jadi mangsa penganiayaan

-

PARIS, 20 JUN – Pemain bola sepak antarabangsa Perancis, Kylian Mbappe menuduh presiden Persekutuan Bola sepak Perancis (FFF) tidak mengendahkan penganiayaan berunsur perkauman selepas jaringan penaltinya yang tersasar pada kejohanan Euro 2020, kelmarin.

Penalti penentuan dari bintang pemain Paris Saint-Germain semasa menentang Switzerland berjaya dihalang pada perlawanan kelompok 16 terakhir, menyebabkan juara dunia itu disingkir daripada kejohanan.

Pemain berusia 23 tahun itu dicerca dalam media sosial oleh beberapa penyokong yang marah, sehingga mengakibatkan Mbappe membuat pertimbangan untuk keluar daripada pasukan kebangsaan.

Semasa ditemu bual oleh akhbar Sunday, Presiden FFF, Noel Le Graet mengongsikan bahawa sokongan terhadap Mbappe seperti semakin berkurangan selepas tersingkir daripada kejohanan Euro, tetapi tidak menyebut mengenai isu perkauman yang dialami oleh Mbappe, sehingga penyerang dari Perancis itu berasa sakit hati.

Le Graet mengatakan bahawa Mbappe menganggap persekutuan tidak membelanya selepas dia terlepas peluang penalti dan kritikan yang timbul dalam media sosial.

“Kami berjumpa antara satu sama lain selama lima minit dalam pejabat saya,” sambung Le Graet, menambah bahawa penyerang tersebut tidak lagi ingin beraksi dalam pasukan Perancis – di mana keputusan itu bukan sesuatu yang difikirkannya secara mendalam.

Sementara itu, Mbappe membalas kenyataan tersebut menerusi akaun Twitternya bahawa dia berasa kesal dengan Le Graet yang tidak mempertimbangkan mengenai isu perkauman yang menjadikan dia sebagai salah seorang mangsa.

“Ya, akhirnya saya menjelaskan kepada Le Graet bahawa kesemua isu tersebut ada berkaitan dengan masalah perkauman, bukannya kerana tidak berjaya menjaringkan penalti tersebut,” kata Mbappe.

“Tetapi dia menganggap masalah yang dihadapi tidak ada kena mengena engan isu perkauman,” tambahnya. Le Graet kemudian memberitahu pihak radio Perancis bahawa mereka berdua tidak mempunyai apa-apa masalah. – AFP

Gambar fail Kylian Mbappe beraksi mengawal bola semasa perlawanan Liga Negara-Negara UEFA antara Perancis dan Croatia, 13 Jun 2022. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -