Mbappe digesa jangan bersikap bongkak

PARIS, 23 SEPT – Pemenang Piala Dunia, Kylian Mbappe digesa supaya lebih merendah diri dengan bakat yang dimilikinya jika mahu ‘terus disayangi.’

Nasihat itu dilontarkan jurulatih Metz, Frederic Antonetti selepas Paris Saint Germain (PSG) memerlukan jaringan minit akhir untuk menang 2-1 ke atas pasukan tercorot Ligue 1 itu.
“Kylian Mbappe perlu menjaga adab jika dia mahu disayangi.

“Saya sayangkan dia, dia sangat hebat tetapi dia perlu lebih merendah diri,” kata Antonetti.

Antonetti berkata demikian ketika mengulas mengenai kad kuning yang dilayangkan kepada penjaga golnya, Alexandre Oukidja selepas berperang mulut dengan Mbappe yang meraikan gol kemenangan PSG.

“Dalam perlawanan tadi, Mbappe seakan tidak wujud,” kata Antonetti. – AFP

Aksi Kylian Mbappe mengawal bola semasa perlawanan di antara FC Metz dan Paris Saint-Germain di Stadium Saint-Symphorien di Longeville-les-Metz, timur Perancis pada 22 September 2021. – AFP