Mbappe disahkan positif COVID-19

PARIS, 8 SEPT – Kylian Mbappe diketepikan daripada skuad kebangsaan Perancis bertemu naib juara Piala Dunia, Croatia awal pagi esok di Liga Negara-Negara UEFA selepas didapati positif COVID-19.

Mbappe yang menjalani latihan pada sebelah petang semalam sebelum keputusan ujiannya diperoleh, adalah pemain Paris Saint-Germain (PSG) ketujuh yang didapati positif COVID-19.

Bintang Brazil dan PSG, Neymar antara yang terawal positif wabak itu minggu lalu.

“Dia diketepikan daripada pasukan selepas menerima keputusan ujian pada hujung sesi latihan sebelum kembali ke rumahnya,” kata pasukan kebangsaan dalam satu kenyataan.

“Seperti barisan pemain lain, Mbappe sudah menjalani ujian sebelum turun pada perlawanan sebenar. Keputusan yang diperoleh sebelum ini adalah negatif menjelang pertemuan dengan Sweden, Sabtu lalu di Solna. Mbappe menjaringkan gol tunggal ketika mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sweden pada aksi pembuka tirai Liga Negara-Negara UEFA.

Bagaimanapun, dia sememangnya mahu direhatkan untuk perlawanan bertemu Croatia di Stade de France dengan aksi pertama PSG pada musim baharu Ligue 1 dijadualkan pada Khamis ini bertemu Lens. – AFP

Mbappe ketika mengambil baha-gian dalam sesi latihan di Paris. Mbappe diketepikan daripada skuad kebangsaan Perancis selepas didapati positif COVID-19. – AFP