Mbappe: Dulu ya, sekarang tidak
MADRID, 28 Dis – Penyerang Perancis, Kylian Mbappe mendedahkan dia mengadakan perbincangan dengan Real Madrid sebelum menyertai Paris Saint-Germain (PSG) tetapi kini tidak lagi berminat untuk menyertai gergasi Sepanyol itu. Mbappe dilaporkan menjadi sasaran Real selepas membantu Monaco menjulang gelaran Ligue 1 musim lalu, trofi yang kali terakhir diraih kelab itu 17 musim yang lalu.


































